Khamis, 24 Mei 2012

Polisi Pertahanan Negara

Kenapa Malaysia tidak menjadikan subjek yang berkaitan dengan pertahanan sebagai subjek teras di mana-mana IPTA? UPNM salah sebuah IPTA yang belajar subjek tersebut tetapi, amatlah tidak wajar jika hanya mengharapkan UPNM sahaja mengajar polisi pertahanan negara sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia yang belajar di IPTA yang lain. Inikah cara menerapkan konsep HANRUH kepada rakyat Malaysia? Jangan mengharapkan PLKN sahaja sedangkan PLKN bukan semua rakyat Malaysia yang terlibat atau membabitkan diri dalam aktiviti tersebut.

Rabu, 11 April 2012

Program 6P tidak akan dilanjutkan?

Jika betul kenyataan yang diberikan, kerajaan perlu mengadakan pembasmian Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) secara besar-besaran kerana rakyat Malaysia sudah rimas dengan masalah yang dibawa oleh PATI dan juga lambakan warga asing di Malaysia. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh digerakkan bersama-sama dengan PDRM, RELA dan lain- lain agensi. Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara negeri yang ramai warga asing. Jika betul kerajaan serius dalam membasmi PATI, perkara di atas perlu diambil serius dan bukannya sambil lewa.

Rabu, 19 Oktober 2011

semester yang paling mencabar

Semester 5 sangat mencabar bagiku kerana sem inilah aku terpaksa membuat kertas akademik sarjana muda (KASM). Susah gak nak buat kalau xblaja,

Rabu, 8 Jun 2011

pengalaman bersama hospital kerajaan

Hospital Sg.Buloh : servis paling lambat, membuatkan arwah adikku menunggu selama 8jam sebelum diberi rawatan, membuatkan sepupuku yang pernah patah tangan menunggu sambil menanggung kesakitan, menyebabkan kematian seorang bayi yang sesak nafas kerana sakit jantung disebabkan menunggu terlalu lama di unit kecemasan.

Hospital Selayang : sepatutnya temujanji dengan doktor jam 9pagi tapi terpaksa menunggu lebih 2jam sehingga aku terpaksa membatalkan temujanji dengan doktor.

(INILAH SERVIS SEBAHAGIAN HOSPITAL KERAJAAN DI MALAYSIA, ADAKAH INI YANG PATUT TERJADI KERANA BAYARAN PENDAFTARAN RM1)

Rabu, 1 Jun 2011

sekarang dah keje

Nak kerja mmg senang tp apabila terlalu memilih kerja tu yg ramai graduate masih menganggur..
Mereka lebih suka kerja yg setaraf dgn akademik mereka namun mereka lupa bahawa mereka tiada pengalaman bekerja dan ini yg menjadikan mereka kurang daripada mereka  sudah ada pengalaman kerja biarpun kerja sbg pelayan restoran atau pembantu jualan kerana dari situ mereka akan didedahkan secara tidak formal kepada cara bekerja.

Rabu, 4 Mei 2011

exam tggl lg 2 ari

X lme lg tamatlah exam untuk semester 4 ni dan perlu bersedia untuk menghadapi latihan palapes plak..kepada kawan2ku,bersediakah anda untuk menghadapi latihan palapes untuk kali ini?

Ahad, 1 Mei 2011

                                                                 sahabatku di Arkib Negara