Khamis, 24 Mei 2012

Polisi Pertahanan Negara

Kenapa Malaysia tidak menjadikan subjek yang berkaitan dengan pertahanan sebagai subjek teras di mana-mana IPTA? UPNM salah sebuah IPTA yang belajar subjek tersebut tetapi, amatlah tidak wajar jika hanya mengharapkan UPNM sahaja mengajar polisi pertahanan negara sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia yang belajar di IPTA yang lain. Inikah cara menerapkan konsep HANRUH kepada rakyat Malaysia? Jangan mengharapkan PLKN sahaja sedangkan PLKN bukan semua rakyat Malaysia yang terlibat atau membabitkan diri dalam aktiviti tersebut.

Rabu, 11 April 2012

Program 6P tidak akan dilanjutkan?

Jika betul kenyataan yang diberikan, kerajaan perlu mengadakan pembasmian Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) secara besar-besaran kerana rakyat Malaysia sudah rimas dengan masalah yang dibawa oleh PATI dan juga lambakan warga asing di Malaysia. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh digerakkan bersama-sama dengan PDRM, RELA dan lain- lain agensi. Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara negeri yang ramai warga asing. Jika betul kerajaan serius dalam membasmi PATI, perkara di atas perlu diambil serius dan bukannya sambil lewa.